Monday, August 2, 2010

Muzium Kesenian Islam

Hari ni aku rasa semangat sangat nak 'open topic' pasal semalam. Haha.. Apa tidaknya, semalam aku dengan 3 orang kawan aku pergi ke Muzium Kesenian Islam Malaysia. Sebenarnya bukan la tujuan aku nak jalan-jalan pun. Tapi ini semata-mata nak siapkan 'assignment'. So, pagi2 semalam dalam pukul 11,kami gerak la naik kereta pergi KL. Semua tak tahu tempat tu,tapi ok la sebab tak sesat pun. Mungkin sebab niat baik kot. Haha

So, sampai jer sana kami terus la masuk Muzium tu sebab tak nak la lambat-lambat sangat. Masuk jer dalam tu, memang dahsyat betul la, terpegun aku tengok kesenian Islam. Kalau sesiapa nak tahu, Muzium ni hanya memaparkan kesenian daripada negara-negara dan tamadun Islam sahaja. Aku tengok masjid, kaligrafi, kitab-kitab terdahulu, pakaian, perhiasan, senjata, dan macam-macam lagi la. Apa yang menariknya, semua barang pameran ni memang sangat-sangat cantik dan unik.

Tadi aku lupa nak beritahu, bayaran masuk Muzium ni RM12.00 tetapi kalau 'student' macam aku ni, bayar separuh harga jer RM6.00. Kita jangan la kedekut sangat kan?hehe. Aku yakin bayaran tu, takkan dapat membayar apa yang kita dapat tengok dalam Muzim ni.

Ok la, berbalik semula cerita pasal Muzium ni, apa yang aku tahu pembinaannya adalah atas cetusan dan sumbangan Syed Mokhtar al-Bukhary, jutawan Melayu Malaysia yang pemurah tu. Apa-apapun Muzium ni, memang sesuai untuk kita mengenali dan menghargai kesenian orang-orang Islam. Siapa kata Islam tidak maju dan indah? Siapa kata Islam tidak mempunyai kesenian? Siapa kata Islam mundur dan membelakangkan kesenian?

Di hadapan IAMM

Al-Quran kecil (terpaksa dibaca menggunakan kanta pembesar)

Selipar di Zaman Mughal India

Salah sebuah replika Masjid


Salam kesenian Islam-

Monday, July 26, 2010

Aikk...Macam Kenal Lebah Tu!!

Salam semua...hari ini aku rajin sikit la nak 'posting' blog aku ni..Maklum la, 'mood' baru kan..tadi mula-mula fikir nak buat apa la dalam 'entry' ni. Lepas tu, teringat pengalaman tahun lepas masa aku ambil subjek Pengurusan Ko-Kurikulum dengan Dr.Izham..Kami kena anjurkan macam-macam program. Ada kejohanan badminton, futsal, bola jaring, dan yang paling bestnya, sukaneka.

Tapi sebelum aku buka cerita, apa kata korang teka sapa maskot lebah kat atas tu??haha..

Jadi, kalau aku nak bercerita pasal ko-kurikulum ni,memang panjang berjela la..banyak perkara aku nak 'share' tapi aku suka sangat bila sukaneka ni. Sebab,semua kenangan aku masa sekolah rendah dulu, teringat kembali. Chewaaah!!. Bayangkanlah,aku rasa ini boleh jadi kali pertama aku tengok ada pertandingan hiasan rumah-rumah sukan ada dibuat kat UKM, macam rumah biru, rumah kuning, rumah hijau, memang seronok betul la kan.

Paling aku seronok sekali,lari dalam guni. Pergghh, memang 'favourite' aku la tu sebab selalunya aku menang jer kalau aku masuk. Tapi,mungkin nasib tak baik,aku jatuh masa lumba haritu. Berdarah lutut, koyak kulit tu. Sukaneka rakyat ni seronok dia memang tak boleh la nak 'compare' dengan sukan-sukan moden. Kenangan abadi!!. huhu

Ok la, aku malas dah nak menaip ni. Nanti ada masa aku cerita pasal benda lain pulak. Tapi sebelum tu, jangan lupa yer teka siapa maskot tu. Hahaha..



Salam Perkenalan

Salam..pertamanya aku nak ucapkan selamat singgah la ke laman blog aku ni. Blog ni, baru buat sebenarnya. Jadi,ini kira 'posting' aku yang pertama la. Kalau nak ikutkan, aku ni suka jugalah nak jadi 'blogger-blogger' lain macam yang dah ramai ada di Malaysia ni. Jangan di sangka jadi blogger tak 'famous'. Kalau tak percaya,cuba tengok 'blogger' Kickdefella, Malaysia Today, Che Det, dan ramai lagi yang popular sebab menggunakan medium digital sebagai satu medium komunikasi dan penyampaian maklumat.

Jadi, disebabkan aku ni merupakan seorang pelajar yang InsyaAllah akan menjadi guru suatu hari nanti, maka aku anggap elok dan amat bagus sangat untuk memulakan langkah menjadikan internet sebagai suatu cara baru dalam proses penegajaran dan pembelajaran (P&P). Walaupun 'blog' ni sebenarnya suatu penilaian dalam latihan ilmiah aku, tetapi aku rasa ini sebagai perintis atau pembuka jalan untuk aku meluaskan metod pengajaran aku. Manalah tahu suatu hari nanti, P&P di sekolah-sekolah diwajibkan mengaplikasikan penggunaan ICT kan?

Apa-apapun, salam perkenalan dan InsyaAllah aku akan selalu 'update' blog ini dari masa ke semasa. Thank You